Masa : Selesai solat jumaat
Situasi : Perbualan antara kanak2 masjid.
A : lahanat betul sapo la yang berani betui kebas slipaq jepon ak.vavi, camane nak balik jalan kaki nih??
B : alaa A, ko amek jela mana2 selipar.cepat sikit panas nak mati nihh.
A : hhaaa? tu tak kira mencuri ke??
B : alaa..orang bole curi selipaq kita, takkan kita tak bole curi slipar orang balik.engkau pinjam je, t jumaat depan ko pulangkan balik.
A : oo..betui gak tu.ok2.ko tunggu ak nak carik selipaq branded jap.
percayakah anda masjid telah banyak melahirkan para pencuri cilik yang tidak bertauliah? percayalah. apabila para cilik ini membesar, mereka tidak lagi berasa bersalah untuk menjadi aktivis pecah rumah.ini kerana mindset mereka telah tertanam cip "orang bole curi selipaq kita, takkan kita tak bole curi selipaq orang balik".
percayakah anda terminologi 'pinjam' dan 'curi' membawa definasi berbeza? tak percaya? percayalah.
menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu yang di google......
Pinjam : memakai barang orang utk sementara dan sesudah dipakai, dikembalikan kpd tuannya.
Curi : mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya.
dalam konteks ini para melayu menggunakan definasi pinjam bagi mengelakkan dosa.padahal secara sedarnye mereka maklum perbuatan mereka didefinasikan sebagai curi.
masjid2 mencadangkan perletakan pakcik guard non-muslim bersenjata shotgun bagi menjaga selipaq jepun murahan ketika solat jumaat dijalankan.semoga usaha membendung pembiakan non-stop para pencuri cilik berjaya dengan sukses.
p/s : last2 balik jalan kaki ayam ajela labuu~
No comments:
Post a Comment
Nyawa atau komen? Bagus. Komen elok-elok :)