suatu yang teramat mewah untuk gua dapatkan..tahukah anda? ikan paus jantan akan memikat paus betina dengan menyanyi.Tetapi berlainan pula dengan manusia primitif dahulu kala, jika lelaki cuba memikat perempuan..dia akan berikan jaminan keselamatan dan keselesaan kepada perempuan tersebut dengan menggunakan kegagahan dan kejantanan yang ada pada lelaki tersebut.Dan sekarang, dalam dunia yang kompleks dan serba moden ini, untuk memikat seorang perempuan..kriteria utama yang perlu ada masih seperti dahulu kala-menyediakan jaminan keselamatan dan keselesaan tetapi tidak menggunakan kegagahan ataupun kejantanan sebaliknya digantikan dengan DUIT
#hidup
orang kata hidup ini tak ubah macam filem.mungkinkah sebab filem yang menggambarkan kehidupan kita? atau sebab kita sendiri yang nak hidup macam adegan-adegan yang kita saksikan dalam filem? maka diikut2 jalan cerita filem.kononnye ingin menjadi hero, menyelamatkan si gadis cantik lemah lalu berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya.sangat klise dan membosankan.
Dalam hidup kadang-kadang kita tak dapat memilih takdir kita sendiri..disebabkan itulah pelbagai orang wujud di dunia ini.Ada yang miskin, kaya, hensem, hodoh, pandai, bodoh.Tapi cara kita mengatasi semua itu merupakan keunikan dalam hidup ni.sesetengah orang akan bertindak dengan memberontak, sesetengah akan membalas dendam, sesetengah akan berputus asa atau pesimis, dan tindakan sesetengah adalah...BERDOA
#pacifist
atau dalam kata lain ialah orang yang percaya dan yakin dengan prinsip kedamaian.Gua merupakan salah seorang golongan itu.percaya akan keharmonian dan bukan peperangan.Tetapi orang seperti gua ni akan kalah..sebab tulah peprangan akan sentiasa terjadi tak kira bila2 masa.tapi gua tahu..peperangan takkan kekal lama...tidak seperti PERSAHABATAN
#pembalasan
setiap kali anda melihat orang yang dibenci dan nyampah kerana menganggu atau merosak hidup anda dihukum, pasti bahang keseronokan terasa dalam diri kann? sebabnya anda semua telah diajar sejak kecil untuk percaya kepada pembalasan.Anda semua telahh dipupuk dan diajar untuk bersetuju dengan hukuman yang semestinya dikenakan kepada orang yang telah melakukan kesalahan.pasti anda rasa tidak puas hati saat orang yang dibenci terlepas daripada hukuman.Mengakulah...hakikatnya, sebenarnya, jauh di sudut hati..anda semua mahukan semua orang yang anda benci dan dendami..MERANA !
#norma
atau kebiasaan dan adat.Sudah menjadi sifat semula jadi atau norma manusia untuk meletakkan sempadan dengan orang yang berbeza sedikit.Antara sedar atau tidak, percaya atau tidak..anda semua telah dikategorikan mengikut rupa, lokasi, bangsa, agama, kelas, umur, jantina dan macam-macam lagi.Anda semua termasuk gua tak ubah seperti buku panduan telefon.Kenapa anda perlu mengikut semua fahaman yang tidak bermakna ni? anda semua hidup berkelompok..tiada siapa pun yang boleh hidup sendirian.setiap orang ada kelompok tertentu..meskipun yang..FREAK
#politikus
pernahkah anda terfikir? mengapa wujudnya terlalu banyak barisan-barisan parti politik di negara ini? Barisan Nasional,PAS,PKR,DAP..ironinya, segala barisan parti ini majoritinya adalah ISLAM.
tahukah anda? pada zaman kegemilangan Islam yakni zaman RASULULLAH S.A.W hanya terwujud dua golongan sahaja. golongan ISLAM dan golongan KAFIR. ya, pasti anda perasan..bahawa di zaman moden yang diduduki anda sekarang ini, Islam telah dibahagi-bahagikan kepada banyak pecahan puak.dan pasti anda perasan juga..golongan Islam zaman dahulu dikira satu puak.puak yang bersatu padu, tidak berpecah-belah,tiada sengketa sesama sendiri..kerana mereka sedar dan percaya mereka semua BERSAUDARA
*sighhh..kompleksnya dunia...
kthxbai
No comments:
Post a Comment
Nyawa atau komen? Bagus. Komen elok-elok :)