Kisah seorang lelaki yang sangat rindukan kekasih hatinya. Kerana cintanya yang mendalam dan rasa kasihnya yang tidak berbelah bagi, dia mula jatuh sakit. Dia seolah-olah berada dalam dunia yang sangat asing oleh sebab rasa cinta dan kasihnya itu. Kemudia ada seseorang yang menawarkan untuk menemukan dia dengan kekasih hatinya itu. Sejerus mendengar perkhabaran itu, beliau terasa sangat gembira bagaikan bulan sudah jatuh ke ribanya ! Malah penyakit yang dideritainya selama ini terus sembuh.
Dengan penuh rasa sabar dia menunggu, namun oleh sebab satu hal, kekasihnya tidak dapat meneruskan perjalanan dan terpaksa kembali ke kampung halaman dengan perasaan kebencian yang meluap-luapnya! Lelaki tadi sentiasa berangan-angan bahawa kekasihnya akan datang menemuinya untuk melepaskan rasa rindunya yang teramat. Dia begitu yakin bahawa dia akan bersama-sama dengan kekasihnya dan memulakan kehidupan bersama.
Apabila lelaki itu mendengar perkhabaran yang kekasih hatinya tidak mahu bertemu dengannya, maka sakitnya datang lagi bahkan lebih parah daripada sebelumnya! Dia mula putus asa dan harapanuntuk meneruskan kehidupannya tanpa kekasih yang dirinduinya. Tidak lama kemudian, lelaki itu meninggal dunia. Ketika saat-saat kematian, dia sempat lagi berkata: "Wahai kedamaian, wahai kenikmatan, wahai pengubat lara, datanglah kamu untuk mengubat hatiku berkat rahmat Yang Maha Mencipta dan Maha Agung!"
Kemudian seorang lagi rakannya berkata kepadanya: "Wahai si polan, katakan tidak ada Tuhan melainkan ALLAH S.W.T" Sehingga dia menemui ajalnya, dia langsung tidak mengucapkan kalimah syahadah. Ketika jiran tetangganya sedang melalui rumahnya, mereka mendengar suatu jeritan yang sangat memedihkan lagi menyakitkan! Akhirnya lelaki itu meninggal dunia dengan pengakhiran yang sangat buruk!!
p.s : jaga nafsumu.jangan lah diagung-agungkan cintamu melebihi cinta kepada -NYA..
No comments:
Post a Comment
Nyawa atau komen? Bagus. Komen elok-elok :)