Sunday, May 22, 2011

bbq + heart confusion.

Semalam pergi bbq di rumah seorang kawan sekolah lama..semua budak2 ex-SMKSU dan bekas kelas form 5 ak dulu dijemput..kire majlis reunion kecil-kecilan la.Bukan semua hadir.jemput pun last2 minit.Tapi alhamdulillah ak dapat hadir..itupun ak terpaksa ingatkan diorang untuk mengambil ak since ak tiada transport untuk kesana.*sighh..boleh diorang terlupa nak amik ak..datang2 dah start panggang.smh..tak kisah la janji dapat melantak puas2 dan keluar dari rumah akhirnya.ak pergi dalam keadaan badan yang dalam proses untuk pulih daripada demam yang melanda sejak 3hari yang lalu.lol.
anyway..ayam panggang bbq memang sedap ! hot dog panggang pun marvellous ! walaupun ubi keledek rasa macam arang.lmao ! xrugi ak datang.selepas selesai puas mencekik, berbaringlah ak kat wakaf kecil berdekatan(macam biasa buat kat rumah.lol) sambil tengok dorang main2, dekah2 macam budak2 tak cukup umur..pon berdekah tengok ragam kawan2 ak semua.
tapi. . . . . . . ...
entah kenapa ak dapat rasakan senyuman dan hilai tawa ak sangat fake.bibirku menguntumkan sekuntum senyuman yang sangat lebar hingga menampakkan jalur barisan gigiku yang rapi dan putih berseri..tapi hatiku enggan turut tersenyum.(perghhh..terkujatt?ak pon terkujatt dengan bahasa puitis yang tetibe ak lontarkan.lol)
Mataku melihat pada mereka tetapi hati dan fikiran jauh melayang mengingati sahabat2 unikl nun.Ak bermonolog sendirian . . . .
"AK DA JUMPA KAWAN2 LAMA AK YANG SETAHUN SETENGAH TAK JUMPA, KENAPA AK STILL TAK HAPPY??"

Fikiran ak masih melayang kepada kawan2 mestech ak, hatiku masih tertinggal sisanya di kiam..rindu ingin berjumpa dan hati rasa sangat happy acap kali dengan kalian.cerita bbq da habis.ak terus balik rumah dan tidur tanpa sekelumit rasa happy.Dan di saat ak menulis entry ini, ak masih lagi kesunyian dan keseorangan..mengingatkan diriku di masa hadapan untuk membuka blog ini dan mengingati perasaan dan kenangan ini sampai bila2.
*tak pasal2 tachin malam nihh..haha.


kthxbai.

No comments:

Post a Comment

Nyawa atau komen? Bagus. Komen elok-elok :)